1000 BULAN
KEMULIAAN
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan
keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam
yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.
Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang
rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah
dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam
Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu
Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu,
para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk
setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari
1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada
Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut
tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat
senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas
perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah
menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun.
Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan
perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah
w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah
Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa
yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat
gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang
yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000
bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir
bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat
baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah.
Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda
mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan
keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud
bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya
umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai
jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan
mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman
dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang
terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam
lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan
beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam
Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan
bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada
bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam
Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada
bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29
dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang
menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah
s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23
Ramadhan.
Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w.
menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar
supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam
Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas
dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari
satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari
bulan Ramadhan.
Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap
dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang
akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja
mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang
akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana
kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan
doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang
berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa
memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah
silafku.
Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita
melakukannya seperti membaca doa.
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang
dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar
ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan
29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam
Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui
atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam
hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam
Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat
nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung
dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur
yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap
gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak
lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat
sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Sumber:Darul Ulum...
JAKARTA 18/6/2013
Tidak ada komentar:
Posting Komentar