SEBIJI TEMBIKAI
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang
masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai.
Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan
diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk
dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri
Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
“Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu,
adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.”
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan
tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu
jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah
tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu
berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan
kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan
redhalah dengan segala ketentuan Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu
bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Waalahu’Alam
Jakarta 27/5/2013
Tidak ada komentar:
Posting Komentar