Selasa, 21 Mei 2013

IMAM SYAFI'I (22)



              IMAM SYAFI’I BERMIMPI(22)
Syaikh Abdul Hamid Kishk, ulama buta lulusan usuluddin dari al-Azhar asy-Syarif. Beliau telah hafal kitab suci al-Quran pada usia 8 tahun. Terkenal sebagai seorang da`i dan khatib yang berani dan lantang menyeru kepada kebenaran. Kelantangannya mengkritik pemerintah menyebabkan beliau pernah beberapa kali dimasukkan ke penjara. Beliau dilahirkan di sebuah kampung kecil yang terletak berhampiran dengan Iskandariah bernama Shibrakheet dalam tahun 1933. Pada hari Jumaat, 26 Rajab 1417 (6 Disember 1996) sewaktu memperingati peristiwa Isra` & Mi'raj, dalam sholat ketika bersujud pahlawan mimbar ini diambil kembali ke rahmatUllah. .... Allahu ... Allah. Beliau meninggalkan ribuan rakaman ceramah dan khutbah yang mampu menggegarkan jiwa pendengarnya serta karangan kecil dan besar kira-kira 115 buah. Moga rahmat Allah sentiasa mencucuri ke atasnya ... al-Fatihah.
Di sini aku hendak menukilkan satu kisah yang disampaikan dalam salah satu khutbahnya berhubung Imam kita asy-Syafi`i r.a. Dalam himpunan khutbahnya yang diberi jodol "Huna Madrasatu Muhammad s.a.w.", halaman 48 beliau menulis:
    "Imam asy-Syafi`i r.a. berkata: "Aku telah bermimpi melihat Junjungan Nabi s.a.w. tatkala aku berusia 7 tahun. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: "Wahai Syafi`i, adakah engkau tahu siapa aku?" Lalu jawabku: "Aku daripadamu dan engkau daripadaku, Ya RasulAllah." Maka Junjungan Rasulullah s.a.w. pun meletakkan mulut baginda ke mulutku sehingga bercampur air ludahku dengan air ludah baginda, lalu aku mengetahui ilmu-ilmu yang ada di antara langit dan bumi (yakni ibarat bagi terbukanya pintu keilmuan yang luas). Ketika gementar aku, baginda meletakkan tangannya ke dadaku lalu tenanglah zahirku dan terpancarlah ilmu dari batinku."
    Ya, Imam asy-Syafi`i menyatakan bahawa dirinya adalah daripada Junjungan Nabi s.a.w. adalah kerana beliau mempunyai nasab kepada Hasyim bin 'Abdu Manaf, nenda Junjungan Nabi s.a.w. Ibunya pula bernasab kepada Sayyidah Fathimah az-Zahra` r.'anha, manakala isterinya, Sayyidah Hamiidah, adalah dari nasab Sayyidina 'Utsman bin 'Affan r.a.
    Sungguh pun demikian kemuliaan yang dimilikinya, namun pernah satu ketika tatkala bersama muridnya Imam Ahmad bin Hanbal, Imam asy-Syafi'i melantunkan syair berikut:-
    أحب الصالحين و لست منهم * لعل أن أنال بهم شفاعة
    و أكره من تجارتهم معاصى * و إن كنا سويا في البضاعة
    Kucintakan para salihin tapi bukanlah aku kalangan mereka
    Moga dengan mereka kudapatkan syafaatnya
    Kubencikan para pelaku maksiat durhaka
    Walaupun perlakuanku sama seperti mereka
    Mendengar syair gurunya, Imam Ahmad membalas balik dengan penuh adab ketinggian dengan katanya kepada Imam asy-Syafi`i: Ya Sayyidi,
    تحب الصالحين و أنت منهم * و منكم سوف يلقون الشفاعة
    و تكره من تجارتهم معاصى * وقاك الله من شر البضاعة
    Kau cintai para salihin dan engkau dari kalangan mereka
    Akan terhasil segala syafaat dengan kalian semua
    Dan kebencianmu kepada pelaku maksiat durhaka
    Moga Allah memelihara dirimu dari kejahatan mereka
Allahu ..Allah, begitulah sikap tawadhu` yang ditunjukkan oleh Imam kita asy-Syafi`i. Walaupun berada di puncak keilmuan dan kesholehan, tetap tidak mengaku punya apa-apa maqam di sisi Allah s.w.t. Sentiasa merasakan dirinya hina dan masih bermaksiat kepada Allah. Benarlah perkataan sebahagian:-
رأس المال العلماء التواضع
Punca keberuntungannya para ulama adalah tawadhu.
Allahu ...Allah, bukan saja ulama, umat semuanya disuruh bersikap tawadhu`. Tidak membesarkan diri, walaupun menyandang berbagai predikat. Jika umat biasa dikehendaki untuk tawadhu`, maka apatah lagi para pemuka umat. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-
من تواضع رفعه الله و من تكبر وضعه الله
    Sesiapa yang bersikap tawadhu, Allah akan mengangkatkannya; Dan sesiapa yang sombong membesarkan dirinya, Allah akan merendahkannya.
Maka dari itu telah berkata sebahagian hukama:-
التواضع سلّم الشرف
Tawadhu` adalah tangga untuk mencapai kemuliaan.
JAKARTA 22/5/2013

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 

Majelis Ulama Indonesia

Dunia Islam

Informasi Kesehatan dan Tips Kesehatan

Total Tayangan Halaman