Pengertian
Ilmu Qiraat
Ilmu
Qiraat berasal daripada perkataan Bahasa Arab bersifat jamak
(plural) bermaksud bacaan
Ialah
satu ilmu tentang cara melafazkan kalimat-kalimat Al-Quran serta
pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap bacaan kepada seorang Imam
Ilmu Qiraat .
Tujuan Utama
Menekuni
kalimat-kalimat Quraniyyah dari segi cara pelaksanaannya seperti panjang
atau pendek hukum tajwid ,hukum izhar dan idghom.
Faedahnya
Memelihara
dan menyelamatkan seseorang daripada kesalahan dalam bacaan Al-Quran al Karim
serta mengetahui setiap bacaan para Imam Qurra dan mampu membezakan setiap
bacaan mereka.
Kelebihan
Ilmu Qiraat :
Termasuk
dalam sebaik-baik ilmu untuk dipelajari kerana berkait rapat dengan Kalam
Illahi.Kemuliaan ilmu ini adalah kerana mulianya Al-Quran.
Al-Qiraat memberi
maksud satu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Quran dan
keadaan kalimah-kalimah tersebut seperti panjang dan sebagainya. Ilmu al-Qiraat
diasas oleh Imam-Imam Qurra’. Terdapat juga pendapat yang mengatakan ianya
diasakan oleh Abu Umar Hafs bin Umar Al-Duri. ILMU Qiraat merupakan
semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan al-Quran dan hukul
mempelajari ilmu al-Qiraat adalah fardhu kifayah. Proses pengajaran dan
pembelajaran ilmu al-Qiraat ini mestilah diambil secara bertalaqqi dan
musyafahah daripada seorang guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w.
kerana Al-Quran dan al-Qiraat merupakan sunnah Muttaba’ ( yang diikuti ).
Terdapat dua
toriq(jalan) yang menjadi panduan utama dalam disiplin ilmu al-Qiraat ini iaitu
Toriq al-Syatibi( al-Qiraat Tujuh ) melalui matan حرز الأمانى ووجه التهانى dan Toriq al-Jazari( al-Qirrat
sepuluh ) melalui matan طيبة النشر فى القرءات العشر . Toriq al-Syatibi dinamakan dengan الصغرى kerana periwayatan beliau terhadap
turuq Qiraat adalah kecil dan sedikit, bermaksud ia tidak menyeluruh dan
mendalam terhadap kesemua turuq Qiraat. Sementara toriq al-Jazari pula
dinamakan dengan الكبرى kerana periwayatan beliau terhadap Turuq
Qiraat adalah menyeluruh dan mencakupi semua Turuq, walaupun terdapat perbezaan
diantara kedua-dua Toriq tersebut dari susur periwayatan Turuq masing-masing.
Namun kedua-dua Toriq ini adalah betul dan sohih.(ruj: Abd. Jalal A.Manaf:DQ)
Pembagian Qiraat
Pembahagian
Qiraat itu terbahagi kepad beberapa bahagian besar. Imam Ibnu al-Jazari
mengkategorikan Qiraat itu kepada lima jenis :
1. Qiraat
Mutawatir
Ia itu Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari berlaku sebarang pendustaan, seperti Qiraat yang terdapat dalam Toriq al-Syatibi dan Toriq al-Jazari.
Ia itu Qiraat yang diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan terselamat dari berlaku sebarang pendustaan, seperti Qiraat yang terdapat dalam Toriq al-Syatibi dan Toriq al-Jazari.
2. Qiraat Masyhur
iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak mencapai tahap mutawatir. Menepati kaedah Bahasa Arab dan membetuli salah satu Mushaf Uthmani, masyhur di kalangan Imam Qurra’ tetapi berlawanan jalan riwayatnya dengan Imam Tujuh dan ada setengahnya tidak.
iaitu Qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak mencapai tahap mutawatir. Menepati kaedah Bahasa Arab dan membetuli salah satu Mushaf Uthmani, masyhur di kalangan Imam Qurra’ tetapi berlawanan jalan riwayatnya dengan Imam Tujuh dan ada setengahnya tidak.
3. Qiraat Aahad
Iaitu Qiraat yang
sah sanadnya tetapi menyalahi kaedah Bahasa Arab atau bacaannya tidak masyhur
di kalangan Imam Qurra’.
4. Qiraat Syazah
Iaitu Qiraat yang
tiada sanadnya.
5. Qiraat Maudhu’
Iaitu Qiraat yang
yang direka-reka yang bukan diambil dari Rasulullah s.a.w.
Qiraat Aahad, Qiraat Syaazah dan Qiraat Maudhu’ tidak boleh dibaca kerana ianya bukan dinamakan al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Aahad, tetapi qiraat tersebut tidak terdapat dalam Rasm ‘Uthmani.
Qiraat Aahad, Qiraat Syaazah dan Qiraat Maudhu’ tidak boleh dibaca kerana ianya bukan dinamakan al-Quran walaupun sanadnya sahih seperti sanad Aahad, tetapi qiraat tersebut tidak terdapat dalam Rasm ‘Uthmani.
Orang Pertama yang
Mengumpulkannya
Dikumpul
oleh Imam-imam Ilmu Qiraat dan diriwayatkan bahawa orang pertama yang
mengumpulkannya ialah Imam Abu Umar Hafs bin Umar ad Duuri.
Pembukuan
Ilmu Qiraat :
Orang
pertama melakukan hal ini ialah Abu Ubaid al Qaasim bin Salam
(wafat
224 H)
Sumber
pengambilan :
Melalui
riwayat-riwayat yang sahih dan mutawatir daripada Imam Qurra sehingga
bertemu sanad dengan baginda Rasul SAW.
Hukum
mempelajari :
Fardu
kifayah
Khilaf
atau perbezaan di sisi ulama qurra terbahagi kepada dua bahagian :
1.
Khilaf wajib
2.
Khilaf jaiz (harus)
Bahagian
pertama : Khilaf wajib
Ialah
perbezaan pada
(a)
Ilmu Qiraat (bacaan)
setiap
bacaan ini disandarkan kepada Imam contohnya Ilmu Qiraat Imam Nafi', Ilmu
Qiraat Imam Hamzah ,Ilmu Qiraat Imam A'sim .
(b)
Riwayat
-
bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada orang yang mengambil bacaan daripada
sang imam sekalipun dengan perantaraan orang lain contohnya di sebut riwayat
Warsy .Maka Warsy boleh disebut sebagai perawi.
(
c) Thuruq
-
thuruq dalam kaedah ilmu Ilmu Qiraat ialah perawi kepada perawi sebagai contoh
thuruq Azraq.Beliau ialah perawi kepada Warsy.
Bahagian
kedua : Khilaf Jaiz (harus)
Iaitu
perbezaan para qurra dalam memilih bentuk bacaan seumpama bacaan
istia'azah ,bacaan basmalah antara dua surah, memilih untuk berhenti secara
sukun, roum atau isymam, memilih bacaan dengan kadar panjang (ishba') 6 harakat
, tawassut (pertengahan) 4 harakat atau qashar( pendek) 2 harakat.
IMAM QURRA BESERTA PERAWI
1.
Imam Nafi' al-Madani
-
Imam Qalun
- Imam Warsy
2.
Imam Ibn Kathir al-Makki
- Imam Bazzi
- Imam Qunbul
3.
Imam Abu Amru
- Imam ad Duri
- Imam as Susi
4.
Imam Abdullah ibn Amir
- Imam Hisham
- Imam Ibn Zakwan
5.
Imam Asim al-Kufi
- Imam Syukbah
- Imam Hafs
6.
Imam Hamzah al-Kufi
- Imam Khalaf
- Imam Khallad
7.
Imam Kisaie al-Kufi
- Imam Abul Harith
- Imam Ad Duri
8.
Imam Abu Jaafar al-Madani
-
Imam Ibn Wardan
- Imam Ibn Jammaz
9.
Imam Yaakub al-Hadhrami
- Imam Ruwais
- Imam Rauh
10.
Imam Khalaf al-A'syir
- Imam Ishak
- Imam Idris
Antara Al-Qur’an Dan Ilmu Qiraat
Menurut
Imam Az-Zarkasyi di dalam kitabnya Al-Burhan:
Al-Quran
dan Ilmu Qiraat adalah dua hakikat yang berbeza.Al-Quran ialah wahyu
Allah SWT yang diturunkan kepada baginda Nabi SAW sebagai penjelasan untuk
umat dan mukjizat (melemahkan cabaran penentang). Sementara Ilmu Qiraat adalah
perbezaan lafaz-lafaz Al-Quran pada huruf dan cara membacanya
samada takhfif , tasydid dan sebagainya.Semestinya
seseorang mempelajari ilmu ini secara mushafahah (diambil dari mulut
guru secara bacaan) dan talaqqi (berhadapan dengan guru) .kerana
ilmu ini tidak akan diperolehi melainkan secara mendengar dan
melalui petunjuk guru.
JAKARTA 7/4/2013
assalamualaikum saya mohon kongsi utk rujukan assigment t kasih
BalasHapus