ILMU TASAWUF
Bab 1 : Pengenalan
1. Pengertian Ilmu Tasawwuf :
Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal
supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang
sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .
3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .
4. Imam
Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam
kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .2)
Khauf ( Takut ).3) Zuhud.4) Sabar.5) Syukur.6) Ikhlas.7) Tawakkal.
8) Mahabbah (
Kasih Sayang ).9) Redha.10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )
5. Dan Imam
Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat
keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan.2)
Banyak bercakap.3) Marah.4) Hasad.5) Bakhil.6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan
dunia .8) Bangga Diri.9) Ujub ( Hairan Diri ).10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).
Bab 2: Khauf
1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa
gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan
kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala
laranganNya.
2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan
kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan
kepada sesuatu yang lain".
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )
3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah
s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui
akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.
4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala
perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.
5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala
perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada
Allah s.w.t.
6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan
menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah
s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya
dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Rujukan : Tasauf di Dalam Islam - Datuk Hj.Md.Yunus
bin Hj. Md. Yatim.
( Bekas Mufti Negeri Melaka )
( Bekas Mufti Negeri Melaka )
Bab 3 : Sifat Ridha
1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan
mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang
dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum )
mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
· Redha menerima peraturan ( hukum )
Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
· Redha menerima ketentuan Allah
s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah
merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan
kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala
senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada
bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah
s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah
s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t.
baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati
dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah
dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t.
Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir
yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau
mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha
dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang
penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati
yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu
adalah gejala nifaq.
Redha Dengan Qada' :
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan
nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa
musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang
pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu
mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di
dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi
kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan
, Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah
s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada
Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan
bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya
Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya
kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala
sesuatu.
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan
pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan
kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Bab 4 : Ikhlas
1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
2. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang
bermaksud :
“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh
di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan
yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah
dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah
Allah s.w.t.
4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab
yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub ,
inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.
5. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah
diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.
( Rujukan Kitab - Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )
BERSAMBUNG...disalin dari http://ilmutasawuf.blogspot.com/
Jakarta 2/3/2015
Tidak ada komentar:
Posting Komentar