MENGENAL ASMAUL HUSNA ?
55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha
Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya
kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak
terbatas pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha
Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha
Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada
satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana
wajarnya.
58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha
Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu
yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha
Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali
setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha
Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak
hidup.
61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha
Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup,
iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri
Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula
berdirinya langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu
/ Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka
tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara
mutlak.
65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia,
(sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan
sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha
Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha
Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu
menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha
Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha
Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha
Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang
lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau
tempatnya.
72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan
/ Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu
melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha
Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu
sekali dari semua yang maujud.
74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha
Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu
yang maujud.
75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir /
Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu
dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha
Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun
dapat mengenal ZatNya itu.
77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha
Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha
Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi
milikNya.
78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha
Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala
kekurangan dan kerendahan.
79. Al-Bar: ( البار ) Maha
Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak
membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang
dilimpahkanNya.
80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha
Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan
maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha
Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka
yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf
/ Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta
maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha
Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala
perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di
alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik
Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan
kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha
Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang
teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha
Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah
bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya
Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun
dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan
padaNya.
89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi
kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang
berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari
golongan hamba-hambaNya.
90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela
atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan
menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha
Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi
bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi
Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua
hamba, masyarakat dan negeri.
93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi
Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan
ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan
tanda-tanda kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi
Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi
Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar
berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah /
Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan
yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal,
iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha
Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah
musnahnya seluruh makhluk.
98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha
Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha
Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan
panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut
ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha
Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat
melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com
Jakarta 3/2//2015
Tidak ada komentar:
Posting Komentar