MENGENAL ASMA’ ALLAH SWT ?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Allah: ( الله ) Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat
Ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian
dan sanjungan.
Lafadz ini disebut juga lafadz Jalalah,
dan juga disebut Ismu Zat . Iaitu Zat yang menciptakan
langit, bumi dan seisinya termasuk kita sebagai umat manusia ini. Dan Dialah
Tuhan seru sekalian alam.
Adapun nama-nama lain, maka setiap nama itu
menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh sebab itu bolehlah
dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang Maha Mulia.
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna)
beserta maknanya:
1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha
Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha
Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di
akhirat.
3. Al-Malik: ( الملك ) Maha
Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan
kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci,
iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( السلام ) Maha
Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh
makhlukNya.
6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha
Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu
benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar
dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha
Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas,
iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia /
Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan,
melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya,
menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha
Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan
adanya semua itu.
12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat
/ Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan
sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha
Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada
sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang
belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah
mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang
memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha
Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha
Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala
makhluk menurut kehendakNya.
16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi
/ Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha
Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat
juga sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha
Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan
rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha
Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun
yang tertutup oleh penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha
Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil
nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha
Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu
memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha
Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu
terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan
memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha
Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap
orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu
termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha
Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada
orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan
kemenangan.
25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha
Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam
seluruhnya.
26. As-Samii’: ( السميع ) Maha
Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha
Melihat.
28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha
Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai
hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak
keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan
hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil.
Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha
Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang
samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha
Waspada/ Maha Mengetahui.
32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha
Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa
melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung,
iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan
segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha
Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha
Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas
amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi
Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu
mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh
akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun
pandainya.
37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar,
yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha
Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga
segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal
perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk
memberikan balasanNya.
39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi
kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang
berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha
Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan
jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur,
iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha
Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai
penggantian dan sesuatu pemberian.
43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha
Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang
mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha
Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas
Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada
segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha
Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya
serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha
Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk
seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan
keadaan.
48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia,
iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha
Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan
para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti
setelah tibanya hari Qiamat.
50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha
Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51. Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq /
Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha
Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni
memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan
mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat /
Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang
sesempurnanya.
54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh /
Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki
keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya. BERSAMBUNG (3/2/2015)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar