TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW
Rasululullah saw adalah pengasas
kepada tafsir al-Quran kerana berperanan menjelaskan ayat-ayat yang tidak
difahami. Firman Allah:
44. dan kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang Telah diturunkan kepada mereka[829] dan supaya mereka memikirkan,
44. dan kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang Telah diturunkan kepada mereka[829] dan supaya mereka memikirkan,
[829] Yakni: perintah-perintah,
larangan-larangan, aturan dan lain-lain yang terdapat dalam Al Quran.
Firman Allah:
64. Dan kami tidak menurunkan
kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada
mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi
kaum yang beriman.
Nabi saw telah menerangkan kepada
para sahabat baginda makna-makna al-Quran sebagaimana baginda menjelaskan
kepada mereka lafaz-lafaznya
TAFSIR
PADA ZAMAN SAHABAT
Setelah Rasulullah saw wafat, tugas
mentafsir al-Quran dipikul oleh sahabat. Mereka merupakan golongan yang paling
arif tentang tafsir selepas kewafatan rasul saw tetapi pentafsiran mereka tidak
sama. Berikut adalah sepuluh orang sahabat yang terkenal dalam bidang tafsir
(a) Khulafa al-Rasyidun
(b) Ibn Masud
(c) Ibn Abbas
(d) Ubayy bin Kaab
(e) Zaid bin Thabit
(f)Abu Musa al-Asyari
(g) Abdullah bin al-Zubayr
(a) Khulafa al-Rasyidun
(b) Ibn Masud
(c) Ibn Abbas
(d) Ubayy bin Kaab
(e) Zaid bin Thabit
(f)Abu Musa al-Asyari
(g) Abdullah bin al-Zubayr
Sebab tafsir kurang pada zaman
sahabat
(a) Mereka mentafsirkan al-Quran mengikut suasana dan peristiwa
(b) Tahap penguasaan bahasa yang tinggi
(c) Kefahaman aqidah yang mantap
(a) Mereka mentafsirkan al-Quran mengikut suasana dan peristiwa
(b) Tahap penguasaan bahasa yang tinggi
(c) Kefahaman aqidah yang mantap
Nilai Tafsir Zaman Sahabat
(a)Tafsir sahabat bersumberkan hadith marfu dari rasululllah saw
(b)Apabila tidak di dapati daripada rasulullah saw sahabat akan berijtihad dan bertaraf hadith mauquf yang boleh diterima dan ditolak
(c)Perbezaan pendapat di kalangan sahabat tentang tafsir sangat sedikit berbanding perbezaan dalam soal hokum-hakam. Kebanyakan perselisihan merupakan perbezaan keanekaragaman dan pertikaian yang membawa padah.(Usul al-Tafsir:hal.5)
Contoh:
Firman Allah swt:

6. Tunjukilah[8] kami jalan yang
lurus,(Surah al-Fatihah)
Terdapat beberapa tafsiran al-Sirat
dalam ayat ini
Pandangan pertama: Ia adalah al-Quran atau mengikutinya berdasarkan sabda Rasul saw yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi bahawa ia adalah agama Allah yang kuat, peringatan yang berhikmah dan jalan lurus.
Pandangan kedua:Islam berdasarkan sabda Rasul saw dalam hadith al-Nawas bin Sam’an yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi:
Dan Allah memberi satu perumpamaan: Jalan lurus. Di kiri kanan jalan ada dua pagar. Pada kedua-dua pagar itu ada pintu-pintu terbuka. Pada pintu itu ada garis-garis kosong. Ada seorang penyeru yang menyeru di atas jalan. Dan seorang penyeru yang menyeru di tengah jalan. Maka dikatakan jalan lurus adalah Islam, kedua-dua pagar adalah hudud(batasan-batasan Allah); pintu yang terbuka adalah larangan-larangan Allah; penyeru di tengah jalan adalah kitabullah, penyeru di atas jalan adalah nasihat Allah kepada hati setiap orang mukmin.”
Pandangan ketiga: Jalan lurus adalah Rasulullah saw
Pandangan keempat: Ahli sunnah wal Jamaah
Pandangan kelima: Jalan ubudiyyah(ibadah kepada Allah)
Pandangan keenam: Perkataan orang yang berkata:Taat kepada Allah dan rasul-Nya.
Dan lain-lain yang mana semua pandangan ini adalah tafsiran kepada al-Sirat dan menunjukkan kepada satu nama yang sama dan perbezaan adalah mereka menyifatinya dengan sifat-sifat yang berbeza yang dikandung oleh nama itu.(Usul Tafsir hal.10-11)

(d) Tafsir pada zaman sahabat hanya
mengulas ayat-ayat secara umum tidak secara terperinci
(e) Para sahabat tidak mengeluarkan sebarang hukum daripada maksud ayat.
(f) Tafsir-tafsir dan huraian mereka terhadap sesuatu ayat tidak ditulis dan dibukukan. Apa yang ditulis hanyalah al-Quran dan al-Hadith sahaja.
(g)Pentafsiran sahabat adalah bergantung kepada asbab al-nuzul(Sebab turun sesuatu ayat)
(g) Periwayatan sahabat daripada ahli kitab
Pandangan pertama: Sahabat sangat jarang menyebut riwayat ahli kitab jika dibandingkan dengan tabiin.
Pandangan merupakan pandangan Ibnu Taymiyyah dalam Usul al-Tafsir dan Dr. Nur al-Din Itir professor al-Quran dan al-hadith di Universiti Damsyik.
Menurut Dr.Nur al-Din al-Itr pengaruh ahli kitab bermula pada zaman sahabat. Namun para sahabat tidak berminat untuk mengetahui riwayat-riwayat ahli kitab secara terperinci. Mereka tidak bertanya semua perkara daripada ahli kitab dan mereka tidak menerima kesemuanya berasaskan pesanan nabi saw seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
لاَ تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلاَ تَكَذَِبُوهم وَقُولُوا آَمَنَّا بالله
”Janganlah kamu benarkan dan kamu dustakan mereka dan katakanlah kami beriman kepada Allah”

Pandangan kedua: Ahli kitab bukan
sumber tafsir sahabat.
Pandangan ini merupakan pandangan Profesor Dr. Fadal Hassan Abbas. Menurutnya sumber tafsir di kalangan sahabat: al-Quran, al-Sunnah, bahasa Arab, asbab al-Nuzul dan pemerhatian yang tajam. Ahli kitab tidak menjadi sumber periwayatan sahabat seperti pandangan beberapa pengkaji. Hal ini berpunca dari ketegasan Rasul saw supaya sahabat member perhatian kepada al-Quran. Kenyataan yang menyatakan sahabat meriwayatkan dari ahli kitab dalam tafsir tertolak dengan beberapa dalil:
1) Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al-Hakim dan al-Baihaqi suatu ketika nabi saw masuk ke masjid dan baginda mendapati mereka sedang berkumpul mendengar ucapan seorang lelaki lantas baginda bertanya: “Apa ini?. Mereka menjawab: Beliau sedang menerangkan tentang keturunan Arab. Baginda bersabda:
“Ini ilmu yang tidak bermanfaat. Sekiranya tidak diketahui tidak memudaratkan. “
Kemudian baginda berkata: Ilmu pada tiga perkara: Ayat yang muhkamat(terang hukumnya), fardu yang dilaksanakan dan sunnah yang diikuti.
Sekiranya ilmu berkaitan keturunan pun dikatakan oleh nabi sebagai ilmu yang tidak bermanfaat
2) Semasa Rasul saw melihat Saidina Umar membaca lembaran dari kitab taurat, baginda murka dan berkata:
“ Jangan Tanya sesuatu dari ahlil kitab, sesungguhnya mereka tidak memberi hidayah kepadamu kerana mereka telah sesat, dengan mengambil riwayat dari mereka, anda mungkin mendustakan suatu yang benar atau anda membenarkan sesuatu yang batil. Demi Allah sekiranya Musa bersama kamu maka pasti Musa akan mengikutiku.

3) Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa
Ibn Abbas berkata:
“ Wahai orang-orang Islam! Bagaimana kamu bertanya kepada ahli kitab sedangkan kitab kamu yang diturunkan Allah ke atas nabinya, berita yang terkandung di dalamnya merupakan yang terkini, kamu membacanya dan kamu tidak akan . Dan Allah telah memberitahu kamu bahawa ahli kitab mengubah ayat Allah dengan tangan mereka. Mereka mendakwanya dating dari sisi Allah semata-mata untuk mendapat habuan yang sedikit, apakah pengetahuan ini tidak akan menghalang kamu dari bertanya kepada mereka. Tidak demi Allah kita tidak melihatpun seorang dari mereka bertanya kepada kamu tentang kitab yang diturunkan kepada kamu.’

4. Ibn Kathir menyebut dalam
kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah bahawa Saidina Umar member amaran kepada Kaab
bin al-Ahbar menghentikan kisah-kisah ahli kitab dengan katanya:
لَتَتْرُكُنَّ الْحَدِيْثَ الأَوَّل أَو لأَلْحِقَنَّكَ بِأَرْضِ الْقِرَدَةَ
Samaada kamu tinggalkan perbicaraan dahulu atau aku hantarkan kamu ke bumi kera.
لَتَتْرُكُنَّ الْحَدِيْثَ الأَوَّل أَو لأَلْحِقَنَّكَ بِأَرْضِ الْقِرَدَةَ
Samaada kamu tinggalkan perbicaraan dahulu atau aku hantarkan kamu ke bumi kera.
5. Diriwayatkan oleh Imam
al-Thirmidhi mengulas berita yang disampaikan oleh Kaab bahawa Allah telah
membahagikan kalamnya dan melihat Allah antara nabi Musa dan Muhammad alihima
sallam. Aisyah r.anha berkata: “ Telah berdiri bulu rambutku.”
Daripada dalil-dalil yang
dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa para sahabat ketika
mentafsirkan al-Quran mereka kembali kepada sumber-sumber yang telah disebutkan
bukannya kepada ahli kitab. Sumber mereka adalah tulen walaupun riwayat yang
sampai kepada kita sangat terhad.
Tafsir sahabat adalah tafsir yang memiliki kedudukan sebagaimana
kedudukan hadits Nabi
Masih ada lagi bagian yang ketiga dari pembagian
tafsir ma'tsur yaitu "Tafsir Sahabat". Tafsir ini juga termasuk yang
mu'tamad (dapat dijadikan pegangan) dan dapat diterima, karena shahabat adalah
pernah berkumpul/bertemu dengan Nabi SAW. dan mereka mengambil dari sumbernya
yang asli, mereka menyaksikan turunnya wahyu dan turunnya Al-Qur'an. Mereka
mengetahui asbabunnuzul. Mereka
mempunyai tabiat jiwa yang murni, fitrah yang lurus lagi pula berkedudukan
tinggi dalam hal kefasihan dan kejelasan berbicara. Mereka lebih memiliki
kemampuan dalam memahami kalam Allah. Dan hal lain yang ada pada mereka tentang
rahasia-rahasia Al-Qur'an sudah tentu akan melebihi orang lain yang manapun
juga.
Al-Hakim berkata: "Bahwa tafsir shahabat
yang menyaksikan wahyu dan turunnya Al-Qur'an, kedudukan hukumnya adalah
marfu'. Pengertiannya bahwa tafsir tersebut mempunyai kedudukan sebagaimana
kedudukan hadits Nabi yang silsilahnya sampai kepada Nabi. Karena itu maka
tafsir Shahaby adalah termasuk ma'tsur.
Adapun Tabi'in kedudukan tafsirnya ada perbedaan
pendapat. Sebagian ulama ada yang berpendapat bahwasanya tafsir Tabi'in itu
terimasuk tafsir ma'tsur karena
sebagian besar pengambilannya secara umum dari shahabat. Sebagian ulama
berpendapat bahwa tafsir Tabi'in adalah termasuk tafsir dengan ra'yu atau akal,
dengan pengertian bahwa kedudukannya sama dengan kedudukan para mufassir
lainnya (selain Nabi dan Sahabat). Mereka menafsirkan Al-Qur'an sesuai dengan
qaidah-qaidah bahasa Arab tidak berdasarkan pertimbangan dari atsar (hadits).
Catatan:
Tafsir dengan Ma'tsur adalah termasuk bagian
tafsir yang paling baik bila sanadnya benar-benar berasal dari Nabi SAW. atau
sampai pada Sahabat dan sepatutnya hendaklah meneliti riwayat setiap
menyebutkan tafsir dengan ma'tsur. Ibnu Katsir berkata: "Sesungguhnya
kebanyakan tafsir ma'tsur telah banyak terpengaruh oleh perawi-perawi Zindik,
Yahudi, Persi dan ahli kitab yang masuk Islam. Hal itu banyak terdapat dalam
kisah-kisah para Rasul dengan kaumnya, hal-hal yang berhubungan dengan
kitab-kitab dan mukjizatnya, serta sejarah-sejarah lainnya seperti ashhabul kahfi dan lain-lain. Karena itu perlu penyelidikan
dari segi riwayatnya.
Autoriti dan Keutamaan Tafsir
Sahabat Nabi Muhammad
Imam Asy-Syafi’i berkata,
“Mereka (para sahabat) mengatasi
kita dalam ilmu, ijtihad, wara’, kecerdikan dan dalam hala-hal yang memerlukan
ilmu pengetahuan dan pengambilan hukum”.
Al-Zarkasyi pula dalam kitabya
al-Burhan fi Ulumil Qur’an,
“Penafsiran sahabat perlu diberi
perhatian, sekiranya tafsiran dibuat dari susudt bahasa maka mereka adalah ahli
bahasa. Dan sekiranya tafsiran berkaitan dengan sebab-sebab kenapa sesuatu ayat
itu diturunkan, maka ia tidak boleh dipertikaikan lagi”.
Al-Hafidz Imam Ibnu Kathir juga
menyebutkan tentang keutamaan tafsir para sahabat di,
“Metode penafsiran yang paling
benar, yaitu penafsiran al-Qur’an dengan al-Qur’an. Jika anda tidak dapat
menafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an, maka hendaklah anda menafsirkannya
dengan hadith. Dan jika tidak menemukan penafsirannya di dalam al-Qur’an dan
hadith, maka hendaklah merujuk pada pendapat para sahabat, karena mereka lebih
mengetahui berdasarkan konteks dan kondisi yang hanya merekalah menyaksikan
nya, selain itu mereka iuga memiliki pemahaman yang sempurna, pengetahuan yang
benar, dan amal shalih. Namun jika tidak ditemukan juga, maka kebanyakan para
imam merujuk kepada pendapat para Tabi’in dan Ulama’ sesudahnya.”
Ahli-ahli Tafsir Dari Kalangan
Sahabat yang Terkenal
Sekumpulan para sahabat amat
dikenali kerana cerdas dan bijak dalam mentafsirkan ayat Al-Qur’an. Antara
mereka ialah empat khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin
Affan dan Ali bin Abli Talib (semoga Allah redha kepada mereka semua). Ini
dinyatakan oleh Imam Suyuti dalam kitabnya al-Itqan fi Ulum Al-Qur’an. Namun
begitu tidak laporan tafsir diterima dari 3 khalifah yang pertama. Ini lantaran,
mereka sibuk dengan urusan pemerintahan negara. Selain itu, keperluan untuk
mencatat tafsir mereka ketika itu masih belum ada, memandangkan ramai orang
yang mengetahui ilmu tafsir.
Selain empat orang sahabat ini,
beberapa sahabat lain juga sering dirujuk dan dijadikan panduan dalam ilmu
tafsir. Mereka ialah Abdullah bin Mas’ud dan Abdullah bin Abbas, Abdullah bin
Zubair, Zaid bin Thabit, Ubay bin Kaab dan Abu Musa Al-Asy’ari.
Ali bin Abi Talib (semoga Allah redha kepada beliau) wafat tahun 40 H
Ali bin Abi Talib mempunya banyak
keutamaan. Ahlus Sunnah wal Jama’ah sepakat keutamaan Ali bin Abu Talib selepas
Abu Bakar, Umar dan Uthman. Beliau termasuk dari 10 orang sahabat nabi yang
dijanjikan syurga.
Beliau dikenali dengan sifat berani
dan fikiran yang cerdas. Beliau menyertai kebanyakan peperangan bersama-sama
Nabi Muhammad. Bahkan merupakan pemegang bendera dalam kebanyakan peperangan.
Ali adalah sahabat yang paling
banyak tafsiran Al-Qur’an, lantaran kelapangan masa dan tidka terikat dengan
jawatan khalifah sehingga akhir khalifah Uthman. Lebih-lebih lagi usia beliau
yang panjang memungkinkan beliau memberi sumbangan dalam periwayatan tafsir
kepada umat Islam.
Abdullah bin Abbas, seorang sahabat
muda yang cerdas yang juga sepupu beliau menyebutkan,
“Ilmu tafsir yang aku kumpul adalah
dari Ali Bin Abi Talib” dan beliau
juga berkata,
“Sekiranya datang keterangan
daripada Ali, kami tidak akan mencari yang lain”.
Pada suatu ketika Ali dilaporkan
pernah mengajak umat Islam untuk belajar tafsir langsung daripadanya,
“Tanyalah aku, tanyalah aku dan
tanyalah kepada aku tentang kitab Allah. Demi Allah, tidak ada satu ayatpun
kecuali aku tahu waktu mana ianya turun, sama ada malam atau siang.”
Namun begitu wujud juga
laporan-laporan tafsir yang palsu disandarkan kepada Ali. Ini dilakukan
golongan Syiah demi menegakkan pemikiran mereka yang sesat.
Abdullah bin Abbas (wafat 68
H)
Beliau merupakan kanak-kanak cerdas
yang membesar pada zaman Nabi. Lahir 3 tahun sebelum hijrah. Ini bermakna
beliau hanya sempat hidup bersama nabi selama 13 tahun sahaja.
Beliau didoakan oleh nabi, “Ya
Allah! Kurniakan dia kefahaman dalam agama”.
Berkat doa Rasulullah dan juga
ketekukan beliau menuntut ilmu, akhirnya beliau dikenali sebagai sahabat yang
cerdas dan bijak. Walaupun pada usia yang sangat masih muda, beliau tetap
dijadikan rujukan oleh sahabat-sahabat yang lebih dewasa.
Abdullah bin Mas’ud pernah
memujinya,
“Abdullah bin Abbas adalah
sebaik-baik pentafsir Al-Qur’an. Sekiranya dia sebaya kami, pasti tidak
seorangpun daripada kami yang dapat menandinginya”.
Abdullah bin Umar pertanya ditanya
tentang tafsir suatu ayat, maka beliau mengarahkan supaya ditanya kepada
Abdullah bin Abbas,
“Pergilah berjumpa Abdullah bin
Abbas dan tanyalah dia. Sesungguhnya dialah orang yang paling mengetahui
tentang wahyu yang turun ke atas Nabi Muhammad sekarang ini”. Dan pada ketika yang lain Abdullah bin Umar berkata,
“Abdullah bin Abbas adalah umat
Muhammad yang paling mengetahui mengenai apa yang diturunkan kepada Muhammad”. (Imam Az-Zahabi, Tafsir wa Mufassirun)
Manakala seorang tabi’in terkenal
Ato’ bin Abi Rabah memuji Abdullah bin Abbas yang menjadi gurunya,
“Aku tidak pernah melihat majlis
ilmu yang lebih mulia daripada majlis ilmu Abdullah bin Abbas yang dipenuhi
kefahaman dan diselubungi rasa takut kepada Allah. Penuntut ilmu fikih, tafsir
dan syair menghadiri majlisnya. Beliau memenuhi hajat mereka daripada lembah
ilmu yang luas”.
Begitu pula pujian seorang tabi’in ,
Abu Wa-il,
“Abdullah bin Abbas, sebagai
pemimpin jemaah haji yang dilantik oleh Uthman telah membaca khutbah semasa
musim haji. Beliau membacakan surah an-Nur membaca satu demi satu ayat dan
mantafsirkannya. Tidak pernah aku lihat mahupun mendengar percakapan seperti
lelaki itu. Kalaulau Parsi, Rom, dan Tukri mendengar kata-katanya, pasti mereka
akan memeluk Islam”.
Antara anak murid beliau yang
terkenal meriwayatkan tafsir darinya ialah Mujahid bin Jabr, Ikrimah, Ato’ bin
Abi Robah dan Said bin Jubair.
Abdullah bin Mas’ud (wafat 32 H)
Abdullah bin Mas’ud merupakan antara
orang yang awal memeluk Islam. Beliau terlibat dalam dua hijrah yakni Hijrah ke
Habsyah dan hijrah ke Madinah. Beliau mengambil secara langsung 70 surah
Al-Qur’an seperti yang direkodkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya.
Ketika mula-mula Nabi Muhammad berkenalan
dengan Abdullah bin Mas’ud, beliau sudah mengesan kebijaksanaan dan kecerdasan
Abdullah bin Mas’ud. Kata Nabi,
“Sesungguhnya engkau seorang budak
yang akan menguasai ilmu” (HR Ahmad,
hassan menurut Syuaib Arnauth)
Abdullah bin Mas’ud menguasai Al-Qur’an
dan tafsirannya lantaran beliau sering mendampingi nabi. Seperti yang
diceritakan oleh Abu Musa Al-Asy’ari, “Aku dan saudara lelakiku datang dari
Yaman. Dan ketika kami datang, kami menyangka Abdullah bin Mas’ud dan ibunya
adalah termasuk ahli keluarga (ahli bait) Rasulullah kerana mereka berdua
sering masuk dan berada di rumah Rasulullah”. (Sahih Muslim)
Dalam peristiwa yang lain Abu Musa
bercerita lagi, “Abdullah bin Mas’ud memang selalu bersama Rasulullah ketika
kita tidak turut serta, dan beliau diizinkan masuk ke rumah nabi ketika kita
tidak diizinkan masuk”. (Sahih Muslim)
Selain sering mendampingi nabi,
Abdullah bin Mas’ud gigih menuntut ilmu Al-Qur’an. Katanya,
“Para sahabat Rasululah tahu
bahawa aku paling pandai di antara mereka tentang Kitab Allah. Seandainya aku
tahu ada orang yang lebih pandai dari aku, maka aku akan pergi berjumpa
dengannya (untuk berguru)”. (Sahih Muslim)
Kata nabi lagi memuji Abdullah bin
Mas’ud,
“Sesiapa yang ingin membaca
Al-Qur’an persis ketika ia diturunkan, maka bacalah mengikut bacaan anak Ummu
‘Abd (Abdullah bin Mas’ud)”.
Abdullah bin Mas’ud sendiri pernah
melaporkan hadith dari nabi,
“Pelajarilah Al-Qur’an dari empat
orang ; 1) Ibnu Ummi ‘Abd (Abdullah bin Mas’ud), 20 Ubay bin Kaab, 3) Salim,
bekas budak Hudzaifah, dan 4) Muadz bin Jabal” (Sahih Muslim)
Beliau dihantar oleh Khalifah Umar
untuk mengajar agama di Kufah. Orang-orang Kufah mendapat manfaat dari luas dan
dalamnya ilmu Abdullah bin Mas’ud Antara tabi’in di Kufah yang menjadi anak
muridnya yang terkenal termasuklah Qatadah, Alqomah, Asy-Sya’bi dan Masruq.
Ubay bin Kaab (w 30 H)
Ubay bin Kaab merupakan juru tulis
pertama bagi Nabi Muhammad setelah berhijrah ke Madinah. Beliau sempat mengkuti
Perjanjian Aqabah dan termasuk sahabat yang menyertai Perang Badar.
Ubay ialah Sayyid Qurra, salah
seorang penulis wahyu Nabi Muhammad sehingga nabi mengatakan, “Yang paling
baik bacaan Al-Qur’an dari kalangan mereka ialah Ubay”.
Sahabat Anas bin Malik melaporkan,
“Pada masa Rasulullah ada empat
orang yang menghimpunkan Al-Qur’an, yang semuanya dari kaum Ansar. Mereka ialah
Mu’adz bin Jabal, Ubay bin Kaab, Zid bin Thabit dan Abu Zaid”. (Sahih
Muslim)
Antara anak murid beliau ialah Zaid
bin Aslam, Abu Aliyah dan Muhamamad bin Kaab al-Khurodi.
Rujukan
- Bagaimana Memahami Al-Qur’an. Muhammad Jamil Zainu. Terjemahan Salafudin Aj. Pustaka Al-Kautsa, Jakarta (2006).
- Fahami Al-Qur’an Menurut Kaedah Para Ulama’. Mohd Sabri Mohamed. Karya Bestari, Shah Alam (2007).
- Pengantar Usul Tafsir. Dr. Fauzi Deraman dan Mustaffa Abdullah. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur (2006).
- Pengenalan Ringkas Ususl Tafsir. Muhammad bin Soleh al-Uthaimin. Terjemahan Fadlan bin Mohd Othman. Jahabersa, Johor Bahru (2005).
- Tafsir Ibnu Katsir (jilid 1). Peneliti ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh. Terjemahan Pustaka Imam Asy-Syafi’i, Jakarta (2005)
- Ringkasan Sahih Muslim. Muhammad Nasiruddin al-Albani. Gema Insani, Jakarta.
JAKARTA 30/3/2013
Tidak ada komentar:
Posting Komentar