JADILAH Penolong Agama Allah swt !
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ
لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ
أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت
طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا
ظَاهِرِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. (As Shaff: 14)
Muqaddimah
Allah telah berjanji untuk
menjadikan umat Islam lebih tinggi daripada orang bukan Islam. ini telah
tertera di dalam firman-Nya, ertinya:
“dan Allah tidak akan menjadikan
orang-orang kafir berkuasa ke atas orang Islam” (an Nisa, 141)
dalam surah Ali Imran, friman-Nya,
yang bererti:
“Janganlah kamu menjadi lemah dan
bersedih, sedangkan kamulah yang paling tinggi jika kamu beriman” (ayat 139)
dalam surah Taubah, ayat 36,
ertinya:
“sesungguhnya Allah bersama
orang-orang yang bertaqwa.”
Di dalam tafsir Syaukani:
maksudnya dengan membantu mereka dan
menetapkan mereka. Dan sesiapa yang Allah bersamanya adalah orang yang menang.
(571)
Tetapi apa yang berlaku sekarang
ialah umat Islam dihina dan ditindas oleh orang bukan Islam di banyak tempat di
dunia ini?
Justeru kalau kita mengaku sebagai orang beriman, maka mari kita semua bergerak untuk menolong agama Allah ini dengan menggerakan seluruh potensi yang kita miliki untuk menyampaikan agama Allah, baik melalui ucapan, perbuatan, jiwa, dan harta benda. Kalau kita ada anak, didiklah mereka dengan kefahaman Islam yang sebenar, kalau kita mempunyai rakan dan kawan, ajak mereka mengikuti program-program keislaman.
Seruan Menolong Agama Allah swt
Firman Allah, ertinya:
“Wahai orang-orang beriman jadilah
kamu pembantu-pembantu Allah, seperti mana berkata Isa ibnu Maryam kepada
Hawariyyun: siapakah yang akan menolongku bersama Allah? Berkata Hawariyyun:
kamilah penolong-penolong Allah; maka telah beriman sekumpulan daripada Bani
Israil dan telah kufur satu kumpulan; maka Kami telah menguatkan orang-orang
yang telah beriman ke atas musuh mereka, maka mereka telah menang.” (Saff, 14)
Tersebut di dalam tafsir Ibnu Katheer: halaman 1870 (cetakan Daru Ibn Hazm) mengenai tafsiran ayat 14 surah
Saff:
Allah Taala berfirman memerintahkan
hamba-hamba-Nya menjadi penolong-penolong-Nya pada semua keadaan; dengan
kata-kata, perbuatan, diri dan harta mereka. dan Ia memerintahkan mereka supaya
menerima perintah Allah dan Rasul-Nya, sebagaimana Hawariyun telah menerima
kata-kata Nabi Isa ketika ia berkata kepada mereka “siapakah
pembantu-pembantu-Ku kepada Allah?” ertinya: ialah siapakah yang akan
menolongku untuk BERDAKWAH KEPADA ALLAH? … Dan kerana itulah Isa (alaihis
salam) telah mengutuskan mereka sebagai pendakwah ke negeri Syam kepada bangsa
Israil dan Yunanis.
Seperti inilah juga bersabda Nabi
Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya) pada musim-musim
haji: “siapakah yang akan membantuku supaya aku dapat menyampaikan risalah
tuhanku, kerana Qurasy telah menahanku daripada menyampaikan risalah tuhanku.”
Sehinga Allah menguatkan baginda
dengan Aus dan Khazraj daripada Madinah, lalu mereka berbaiat dengan baginda
dan berjanji akan mempertahankan baginda sekiranya berhijrah ke tempat mereka.
Dan ketika baginda berhijrah bersama
sahabat-sahabatnya mereka telah menunaikan janji mereka tersebut, dan sebab
itulah Allah telah menamakan mereka dengan nama ANSAR.(PARA PEMBANTU). Dan ia
telah menjadi nama khas mereka.
Riwayat mengenai perkara di atas
boleh dilihat di dalam kitab-kitab: Jame’Tarmizi no: 2925; Abu Daud, 4738; Ibnu
Majah 201; dan Tuhfatul Ahwazi syarah
Tarmizi, j 8/242
Ketika menafsirkan ayat 52 surah Ali
Imran, Ibnu Katheer berkata:
Yang zahir ertinya Nabi Isa
bermaksud “siapakah yang akan membantuku untuk BERDAKWAH KEPADA ALLAH.?”
(Tafsir Ibni Katheer, hal 367)
Erti ‘yang zahir’ ialah tafsiran
yang paling kuat.
Tafsiran ayat 52 Ali Imran dan ayat
14 surah Saff, adalah sama penerangannya oleh Ibnu Katheer.
Jadi kesimpulannya maksud membantu
agama Allah yang diperintahkan di dalam surah Saff ayat 14 ialah ‘DAKWAH
ILALLAH.’
Firman-Nya lagi, ertinya:
“Wahai orang-orang beriman jika kamu
tolong Allah nescaya Allah akan bantu kamu dan menetapkan tapak kami kamu.”
(Muhammad, 7)
Firman-Nya, dalam ayat 40 surah
Hajj, ertinya:
“Dan sesungguhnya Allah akan
membantu orang yang membantu-Nya.”
Bagaimana Menolong Agama Allah swt ?
Pelajaran penting dari surah ayat di atas adalah, peringatan kepada umat Islam agar belajar dari karektor orang Yahudi yang memiliki komitmen terhadap agama yang sangat rendah. Oleh sebab itu Amru Khalid menyatakan pentingnya bagi umat Islam untuk menyatukan barisan membela agama Allah dari orang-orang yang ingin memadamkan cahayanya. Dan perjuangan ini tidak akan berhasil, jika penghayatan umat Islam terhadap ajarannya serta semangat dakwah dan jihadnya rendah.
Dengan sangat menarik, Amru Khalid mengatakan solat dan puasa saja tidak cukup. Membaca Al-Quran saja tidak
cukup, sehingga kita benar-benar menghayati agama Allah ini. Kata Amru Khalid,
“Engkau harus menjadi penolong Allah. Sebuah ungkapan yang paling indah, ketika
di akhir surah shaf ayat 14, Allah berfirman, wahai orang-orang yang beriman,
jadilah kamu penolong-penolong Agama Allah (kunu anshara Allah).Dengan kata
lain, beragama tidak cukup hanya melaksanakan ibadah mahdah, solat, puasa,
zakat, haji, zikir dan ritual-ritual lainnya. Rugilah orang yang hanya memahami
agama sebatas ini. Sedangkan, beragama sesungguhnya adalah memperjuangkan
sesuatu yang terbaik buat agama Allah dan umatnya. Sebuah perjuangan untuk
membuktikan bahawa Islam adalah jalan hidup terbaik di muka bumi ini.”
Berbuatlah apa yang kita mampu, dengan wang dan harta kita, dengan buah fikiran kita, dengan kudrat, tenaga dan amal kita.
Berbuatlah apa yang kita mampu, dengan wang dan harta kita, dengan buah fikiran kita, dengan kudrat, tenaga dan amal kita.
Jadilah Pemuda Ansorullah !
Begitu juga
seorang pemuda Ansorullah, dia perlu bersedia mendepani apa jua cabaran dan
rintangan yang melanda biarpun terpaksa mengorbankan segala kepentingan
dirinya. Ini kerana misinya jauh lebih besar daripada misi seorang anggota
bomba. Ya,, cukup besar....misinya adalah menyelamatkan akidah ummah!!
Prinsip utama
pemuda Ansorullah ialah kesediaan yang tidak berbelah bagi untuk turun ke medan
perjuangan bagi menunaikan tanggungjawab dan amanah perjuangan dengan semangat
yang tinggi.
Namun begitu
untuk menjadi seorang pemuda Ansorullah perlu menepati piawaian yang merangkumi
semua aspek.
1) Ansorullah
dalam aqidah (Aqidah yang sahih)
2) Ansorullah
dalam fikrah (Fikrah yang syumul)
3) Ansorullah
dalam akhlak (Akhlak yang soleh)
4) Ansorullah
dalam aktiviti (Amalan dan gerak kerja yang ikhlas dan benar)
Menjadi pemuda
Ansorullah bukanlah bermaksud menjadi pemuda yang kasar dan ganas, bukan pemuda
yang ekstrim dan subversif. Sebaliknya pemuda Ansorullah ialah pemuda yang
mewarisi segala akhlak baginda Rasulullah s.a.w.
Melahirkan
pemuda Ansorullah juga bukan bermaksud menukar minat pemuda motor kepada pemuda
nasyid, bukan juga bermaksud menukar pemuda futsal kepada pemuda tilawah
al-Quran dan pemuda IT kepada pemuda ceramah.
Sebaliknya
pemuda Ansorullah bermaksud pemuda yang dibina aqidahnya agar mereka memiliki
aqidah yang sahih, fikrah Islam yang syumul dan akhlak yang soleh. Maksudnya
kualiti pemuda yang ingin dilahirkan adalah mengikut acuan perjuangan Islam.
Pemuda boleh
bermain motor tetapi jadilah pemandu yang yang sahih aqidahnya, syumul
fikrahnya dan soleh akhlaknya.
Pemuda boleh
bermain futsal tetapi jadilah pemain futsal yang sahih aqidahnya, syumul
fikrahnya dan soleh akhlaknya.
Pemuda boleh
berkecimpung dalam bidan IT tetapi jadilah ahli IT yang sahih aqidahnya, syumul
fikrahnya dan soleh akhlaknya.
Justeru itu,
perjuangan untuk menegakkan Islam ini adalah peranan utama pemuda Ansorullah.
Perjuangan ini bukan untuk mencari populariti atau membina empayar peribadi
sebaliknuya perjuangan ini untuk Islam dan ummah.
Yakinlah Allah
sentiasa membantu dan melindungi golongan-golongan yang ikhlas berjuang di
jalan NYA. Wallahua'allam
Firman Allah :
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Sesungguhnya
Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah
benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Al-Hajj : 40)
JAKARTA 20/8/2013
Tidak ada komentar:
Posting Komentar