MIMPI KETEMU NABI MUHAMMAD SAW ?
:« مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بي »
Barangsiapa melihatku dalam mimpi
maka dia benar benar telah melihatku, karena syaithan tidak mampu
menyerupaiku(HR Bukhari)
Dalam satu riwayat tercantum dengan
lafadz
مَنْ رَآنِي فَقَدْ رَآى الحَقَّ
Barangsiapa melihatku dalam mimpi
maka dia benar benar telah melihatku (HR Bukhari)
Muqaddimah
Hal itu
dikarenakan melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di dalam mimpi
dapat dikatakan benar jika seorang melihat beliau dengan ciri-ciri fisik yang
telah diketahui dalam syamail (sifat dan perangai) beliau. Jika tidak
sesuai, maka hal itu hanyalah mimpi yang tidak benar dan merupakan permainan
setan terhadap manusia, karena dia mengamuflasekan dirinya dengan suatu rupa
yang dianggap oleh orang yang bermimpi bahwa rupa tersebut adalah rupa nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Oleh karena
itu, apabila seseorang menceritakan kepada Ibnu Sirin rahimahullah bahwa
dirinya telah melihat nabi, maka Ibnu Sirin mengatakan,
صِفْ لي الذي رأيتَه،
Sebutkan
kepadaku ciri-ciri fisik beliau yang telah engkau lihat.
Apabila orang
itu menyebutkan ciri-ciri yang tidak diketahui olehnya, maka Ibnu Sirin
mengatakan, “Engkau tidaklah melihat beliau” (HR Bukhari)
Dengan
ketentuan inilah dapat diketahui siapasaja yang benar-benar telah melihat Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam dan siapa saja yang diperdaya oleh syaithan.
Dalil Mimpi Nabi Muhammad saw
Hadis riwayat Anas bin Malik, ia berkata:
1.Rasulullah bersabda: Mimpi seorang mukmin adalah termasuk satu dari empat
puluh enam bagian kenabian. (Shahih Muslim No.4201)
وَمَنْ رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ في صُورَتِي
2.Ertinya :
Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia
sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai
gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )
Dalam hadith
yang lain pula disebutkan :-
من رَآنِي في الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فإن الشَّيْطَانَ لَا يَتَخَيَّلُ بِي وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ من سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا من النُّبُوَّةِ
3.Ertinya :
"Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia
sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan
mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" (
Riwayat Al-Bukhari, 6/2568 )
4.Hadis riwayat
Anas bin Malik, ia berkata:
Rasulullah bersabda: Mimpi seorang mukmin adalah termasuk satu dari empat
puluh enam bagian kenabian. (Shahih Muslim No.4201)
5.Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia
benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya setan tidak dapat menjelma sepertiku.
(Shahih Muslim No.4206)
6.Hadis riwayat Abu Qatadah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang melihat aku dalam mimpi, maka
dia benar-benar melihat sesuatu yang benar (hak). (Shahih Muslim No.4208)
Imam Al-Qurthubi Bermimpi
Ketemu Nabi saw.
...
Oleh sebagian kaum sufahaa (lemah akalnya/wahhabi-salafi) cerita ini
dianggapnya khurafat dan dusta. Saya tak akan berpanjang lebar untuk
menjelaskannya secara ilmiyyah berdasarkan al-Quran dan Hadits, namun saya
langsung akan menampilkan bukti dari imam besar ahli tafsir, yang shaleh, zuhud
dan wira’i, yang menjadi rujukan para ulama besar Ahlus sunnah, yaitu imam
al-Qurthubi (578-656 H). Beliau dalam salah satu kitabnya BERSUMPAH
pernah berjumpa kepada Nabi shallahu‘alaihi wa sallam secara sadar (bukan
tidur) yang sebelumnya beliau mimpi terlebih dahulu. Berikut redaksinya dari
kitab al-Mufhim karya beliau :
“ Sungguh hal ini (mimpi lalu menjadi kenyataan) SERING terjadi padaku
beberapa kali, di antaranya : Ketika aku sampai ke Tunis, bermaksud untuk
berangkat haji, aku mendengar kabar buruk tentang negeri Mesir dari musuhnya
yang telah menguasai Dimyath. Maka aku rencanakan untuk menetap sementara di
Tunis hingga sampai selesai dari urusan musuh. Kemudian aku bermimpi berada di
masjid Nabi dan aku duduk di sisi Mimbarnya. Dan beberapa orang memberi salam
kepada Nabi shallahu ‘alaihiwa sallam. Tiba-tiba seseorang mendatangiku dan
menegorku “ Berdirilah dan ucapkan salam kepada Nabi “. Maka buru-buru aku
ucapkan salam kepada Nabi dan aku terbangun dari tidurku dan lisanku masih
mengucapkan salam kepada Nabi. Maka Allah memberikan kemudahan kepadaku dan hilanglah
rasa takutku terhadap musuh di luar sana. Kemudian aku bersafar (pergi) hingga
sampai di Iskandariyyah dengan perjalanan selama kurang lebih 30 hari dalam
keadaan selamat. Dan aku mendapati Iskandariyyah dan kota-kota Mesir dalam
keadaan mencekam, susah dan banyak musibah. Aku menetap di sana sepuluh hari
dan Allah telah memecahkan pasukan musuh dan menetapkan kota aku temapti dengan
tanpa gangguan sedikit pun dari musuh dengan kelembutan Allah yang Maha
Pengasih dari Dzat yang Maha Pengasih. Kemudian Allah menyempurnakan
kebaikan-Nya kepadaku dengan mentaqdirkanku sampai ke makam Nabi shallahu
‘alaihi wa sallam dan masjidnya setelah melakukan haji, DAN SUNGGUH DEMI ALLAH, AKU MELIHAT NABI DALAM KEADAAN SADAR PERSIS
KEADANNYA SEBAGAIMANA AKU MELIHATNYA DALAM MIMPIKU TANPA ADA TAMBAHAN DAN
PENGURANGAN SEDIKIT PUN “.
(AL-Mufhim lima asykala min talkhish kitabMuslim, juz 5 hal. 24-25, cetakan
Dar Ibn Katisr dan Dar al-Kalim ath-Thayyib,Beirut)
Penjelasan Ulama Tentang HaditsMimpi Nabi Muhammad saw
Dalam mentafsirkan hadith ini, para ulama telah
terbahagi kepada tiga kelompok. Apabila saya utarakan tiga pendapat ini,
inshaAllah jawapan kepada soalan anda akan terjawab.
Kumpulan pertama : Antara yang tergolong dalam kumpulan ini adalah
pakar tafsir mimpi Muhammad Ibn Sirin, Al-Qadhi Iyadh dan lain-lain,
Mereka
berpendapat bahawa hadith di atas terikat dengan samanya wajah dan bentuk
Rasulullah yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang
dilihat semasa hayat (bagi sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan
perwatakkannya, di ketika itu ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika
bercanggah, maka ia bukanlah Nabi SAW.
Ini bermakna,
hadith di atas tidak ‘mutlaq' kepada semua bentuk wajah yang dilihatnya. Ia
hanya benar-benar wajah Nabi jika sifatnya sama dengan apa yang diriwayatkan.
Bagi para
sahabat Nabi, apa yang dilihat mestilah sama dengan wajah Nabi yang diketahui
mereka.
Dalil yang
diutarakan oleh kumpulan ini adalah hadith lain yang diriwayatkan oleh Al-Hakim
dan disebut oleh Ibn Hajar Al-Asqolani iaitu seorang lelaki telah bermimpi
bertemu Rasulullah SAW, lalu ia menceritakannya kepada Ibn ‘Abbas r.a, Maka Ibn
Abbas bertanya : "Sifatkan apa yang kamu lihat" Maka, ia berkata :
"Aku menyebut hasan Bin Ali, lalu aku menyerupakan dengannya" . Ibn
Hajar berkata sanad hadith ini adalah baik. (Fath al-Bari)
Jika di ambil
pendapat kumpulan ini, mimpi yang sebagaimana anda tanya tadi adalah mimpi yang
tidak benar kerana tubuh baginda SAW tidak gemuk dan tidak mungkin ia melakukan
perkara ‘aib dan tidak bersopan. Ia juga bukan Nabi SAW kerana mustahil Nabi
akan menyuruh sesuatu yang bercanggah dengan tuntutan Al-Quran.
Kumpulan Kedua : Antara ulama kumpulan ini adalah Imam An-Nawawi,
Al-Mazari dan lain-lain.
Kumpulan ulama
ini berpendapat hadith di atas umum bagi semua orang samada yang pernah melihat
Nabi semasa hidup (seperti sahabat) atau yang tidak pernah (seperti kita
semua). Semua jenis mimpi Rasulullah SAW adalah benar sebagaimana maksud hadith
tadi.
Hasil dari
pendapat ini, apa saja yang dilhat dalam mimpi dan mendapat ilham atau apa jua
perasaan bahawa ia adalah Nabi SAW, maka benarlah mimpi itu dan itulah Nabi
SAW.
Imam Ibn Hajar
ketika mengulas pendapat Imam Nawawi ini berkata perlu diingat bahawa Muhammad
Ibn Sirin adalah Imam dalam bab ta'bir mimpi manakala pandangan Al-Qadhi ‘Iyadh
pula adalah sederhana dan baik.
Berdasarkan
kepada pendapat ulama kumpulan ini, mungkin benarlah anda telah melihat Nabi
SAW di dalam mimpi itu.
Kumpulan
ketiga : Antara ulama
dari kumpulan ini adalah Ibn Juzay dan Syeikh Mustafa Az-Zarqa, ( Al-‘Aql
wal Fiqh Fi Fahmi Al-Hadith An-Nabawi, hlm 25 )
Syeikh Mustafa
Az-Zarqa berkata setelah beliau membuat analisa seluruh pandangan ulama, ia
mengatakan memang secara zahirnya kelihatan hadith di atas seolah-olah menjamin
semua wajah Nabi (sebagaimana ilham seseorang) yang dilihat dalam mimpi itu
adalah wajah Nabi yang sebenarnya tetapi setelah melakukan analisa tafsiran
para ulama, jelaslah hadith tadi tidak memberi jaminan untuk semua.
Malah jaminan
benarnya Nabi yang dilihat dalam mimpi itu adalah khas bagi para sahabat
baginda SAW yang mengetahui dengan jelas rupa para Nabi.
Adapun, bagi
individu yang tidak pernah melihat Nabi semasa hayat, mereka tidak termasuk
dalam jaminan hadith « syaitan tidak boleh meyerupaiku »
Ini kerana kita
tidak tahu wajah sebenarnya baginda SAW, maka mungkin sahaja Syaitan
membentuk satu wajah yang tidak kita ketahui lalu mendatangkan perasaan
atau (ilham kononnya) bahawa ia adalah Nabi.
Syaitan memang
tidak boleh menyerupai nabi SAW tapi dalam hal ini, ia hanya menyerupai sebuah
wajah lain lalu mendakwa ia nabi, dan kita tidak mengetahuinya.
Lebih merbahaya
apabila gambaran itu memberi mesej dalam bentuk cakap atau tindakan yang tidak
sesuai dengan watak sebenar baginda SAW.
Syeikh Mustafa
Az-Zarqa juga menegaskan, jika seseorang merasakan ia mimpi Nabi di zaman ini,
maka ia tiada jaminan apa yang dilihatnya adalah Nabi SAW, ia terbuka untuk
benar atau salah. Oleh kerana itu, mimpi orang di zaman ini adalah sebuah mimpi
biasa yang terbuka kepada permainan jahat Syaitan, monolog dalamannya ataupun
mimpi benar orang soleh yang dapat melihat wajah Nabi sebenar, tapi tidak termasuk
dalam jaminan hadith tadi. ( Al-Aql wa al-Fiqh, hlm 27)
JAKARTA 29/8/2013
SAYA PERCAYA APA YG DISAMPAIKAN IMAM QURTUBI, KARENA DI ZAMAN INI, LEBIH DARI 3 HAMBA ALLAH YG MENGALAMINYA......
BalasHapusSAYA PERCAYA APA YG DIKATAAN OLEH IMAM QURTUBI, ITU BENAR, TDK BOHONG
BalasHapus